PENGENALAN ORGANISASI

Universiti Sultan Azlan Shah atau dikenali dengan USAS adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang bergeran di bawah nama kerajaan negeri Perak yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Universiti ini mempunyai lebih kurang empat ratus orang kakitangan dan tujuh ribu pelajar termasuk pelajar pembelajaran jarak jauh Master dan Phd. Universiti ini memiliki masjidnya yang tersendiri iaitu Masjid Raja Permaisuri Bainun yang dapat memuatkan seramai 2000 orang.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI
Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) pada mulanya dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak di bawah Enakmen Kawalan sekolah-sekolah Agama Islam 1996. KISDAR menjadi Badan Berkanun Kerajaan Negeri Perak menerusi Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan (Enakmen Bilangan 3 Tahun 2000).

Pada 19 disember 2013 Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr.Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sempurna merasmikan naiktaraf KISDAR kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS).Pada tanggal 10 jun 2016 Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak membuat pengumuman dengan rasminya. Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dinaikkan taraf menjadi universiti penuh berkuat kuasa serta-merta dan dikenali sebagai Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) yang menerima geran tahunan daripada Kerajaan Pusat.
Rajah 2.2 Bangunan Pentadbiran Universiti Sultan Azlan Shah

Ahli Lembaga Pengarah & Pengurus Eksekutif
Ahli Lembaga Pengarah USAS
 YAB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir

YB. Dato’ Rohana Binti Abdul Malek


Pengurus Eksekutif USAS
 Naib Canselor Prof. Tan Sri Prof. Dr. Nordin Bin Kardi


 Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato' Dr. Wan Sabri b. Wan Yusof
Rajah 2.3 Ahli Lembaga Pengarah & Pengurus Eksekutif

AKTIVITI ORGANISASI

Unit Akademik

1. FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
·         Menawarkan program akademik dan kursus matapelajaran seperti yang ditetapkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah

2. FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
·         Melahirkan generasi berilmu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan teknologi.
·         Menerapkan nilai-nilai Islam di dalam proses pembelajarannya yang memberikan kredit tambahan kepada pelajar.

3. PUSAT BAHASA & PENGAJIAN ASASI
·         Menawarkan program pradiploma dan praijazah yang dikenali sebagai program pengajian asasi.
·         Menawarkan kursus-kursus bahasa untuk kakitangan universiti, jabatan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat awam.
·         Menjalankan penyelidikan bahasa serta menyediakan perkhidmatan perundingan bahasa, penterjemahan dan penyuntingan.
  
4. JABATAN AKADEMIK KEMASUKAN & REKOD
·         Mengendalikan segala urusan berkaitan pengurusan akademik, penjadualan kelas, urusan berkaitan dengan system akademik yang melibatkan pelajar dan pensyarah, urusan Mesyuarat Majlis Dekan, urusan kerjasama akademik dengan IPT lain.
·         Memastikan perkara-perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dari semasa ke semasa.
·         Menyediakan kerangka kurikulum yang berdaya saing dan inovatif untuk perkembangan USAS.
·         Memastikan segala pematuhan syarat dan peraturan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutamanya MQA dan KPT dipenuhi dan digunapakai.

5. JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
·         Mengurus dan membantu pelajar dari aspek bantuan kebajikan dan keselamatan.
·         Menyelaras penyediaan kemudahan penginapan asrama pelajar.
·         Menyelaras aktiviti sukan, kesenian dan kebudayaan kepada seluruh pelajar.
·         Menguruskan segala permohonan dan hal-hal berkaitan biasiswa, pinjaman pelajaran dan bantuan zakat yang melibatkan agensi-agensi yang berkaitan.
·         Menyelaraskan aktiviti persatuan dan kegiatan pelajar di dalam dan di luar kolej.
·         Menyelaras sesi kaunseling dan pembangunan sahsiah pelajar.
·         Mengurus dan memantau perkembangan dan aktiviti yang melibatkan hal ehwal pelajar antarabangsa.

6. PERPUSTAKAAN
·         Menyediakan koleksi yang bermutu dan berkualiti kepada pengguna perpustakaan.
·         Menyediakan perkhidmatan maklumat yang berkualiti kepada pengguna perpustakaan.
·         Menyediakan prasarana yang lengkap dan sempurna kepada pengguna perpustakaan.

UNIT PENTADBIRAN

  1.  JABATAN PERUNDANGAN
·         Menasihati dan memberikan khidmat perundangan kepada Pihak Pengurusan USAS dan Pusat Tanggungjawab lain yang memerlukan khidmat sedemikian.
·         Membuat rundingan berkaitan terma-terma dan syarat-syarat Memorandum Persefahaman, Memorandum Perjanjian dan Surat Niat dengan agensi-agensi kerajaan, antarabangsa, universiti tempatan dan luar negara serta sektor industri bagi melindungi kepentingan USAS
·         Memantau dan melapor kepada USAS kes-kes mahkamah yang melibatkan USAS, pekerja dan pelajar.

  1.  JABATAN KEWANGAN
·         Menguruskan kewangan serta memberikan perkhidmatan kepada pelanggan sama ada dalam atau luar USAS.
·         Mengurus, mengawal dan merancang perkembangan sistem kewangan ke arah urusan yang lebih efektif dan pengurusan kewangan yang lebih efisyen.
·         Mengurus dan mengawal perbelanjaan USAS supaya tidak melebihi peruntukan yang diberikan.

  1.  JABATAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN AM
·         Menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan dan perkhidmatan staf di bawah seliaan Timbalan Rektor Pentadbiran dan Kewangan, USAS.

  1. JABATAN PENGURUSAN KORPORAT DAN PERANCANGAN STRATEGIK
·         Mempromosikan USAS ke peringkat Antarabangsa dan Malaysia amnya.
·         Menguruskan mesyuarat lembaga pengarah, pengurusan dan melakukan apa-apa fungsi lain dan mengambil tindakan sebagaimana yang diperlukan dalam menjalankan dengan sewajarnya tugas-tugas di bawah Enakmen, Akta, Status, Kaedah dan Peraturan.

5. JABATAN PENGURUSAN SISTEM & TEKNOLOGI
·         Memastikan keperluan peralatan ICT dapati dipenuhi mengikut perkembangan teknologi semasa.
·         Memastikan kemahiran ICT dapat dikuasai oleh semua peringkat kakitangan USAS.
·         Membangunkan sistem-sistem yang dapat membantu memudahkan urusan kerja harian kakitangan USAS.

      6. JABATAN PEMBANGUNAN & KESELAMATAN
·         Menjaga dan mewujudkan persekitaran kampus yang kondusif dan bertepatan dengan sebuah institusi.
·         Menyelenggara aset, infrastruktur kemudahan dan kenderaan di USAS
·         Naik taraf prasarana sedia ada keseluruhan premis USAS yang meliputi kawasan masjid, bangunan pentadbiran, perpustakaan, auditorium, dewan serbaguna dan sebagainya.

 7. JABATAN PENGURUSAN MASJID
·         Membangunkan pusat bimbingan dan didikan yang berkaitan ilmu-ilmu asas Islam serta pembangunan rohani dan jasmani kepada warga USAS dan masyarakat setempat.
·         Penggerak program keagamaan dan kemanusiaan untuk warga kampus, masyarakat setempat dan antarabangsa.

 2.5 LOKASI TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

Penempatan latihan industri semasa di Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar adalah di Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi. Lokasinya di Bukit Chandan, 33000 Bandar Diraja, Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan. Universiti Sultan Azlan Shah ini juga terletak didalam kawasan taman perumahan Taman Chandan Putri.
Rajah 2.5  Peta Lokasi Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar

HALATUJU ORGANISASI
Objektif / Halatuju Universiti Sultan Azlan Shah.

Penubuhan Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar ini adalah bertujuaan bagi melahirkan generasi berilmu dan berkebolehan dalam pelbagai bidang ke arah pembangunan sejagat.Selain itu, tujuan lain ialah menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi Agama cemerlang yang mengintegrasikan ilmu agama, sains, teknologi dan kemanusiaan. Seterusnya, ia juga dapat melahirkan intelektual Islam yang seimbang dan mampu menangani permasalahan ummah.

Objektif / Halatuju Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi

Objektif utama Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar (JPST) ini adalah:

·         Memastikan keperluan peralatan ICT dapati dipenuhi mengikut perkembangan teknologi semasa.
·         Memastikan kemahiran ICT dapat dikuasai oleh semua peringkat kakitangan USAS.
·         Membangunkan sistem-sistem yang dapat membantu memudahkan urusan kerja harian kakitangan USAS.

·         Moto
Rahmatan lil ‘alamin (Rahmat ke seluruh Alam)

·         Visi
Menyebarkan kesejahteraan sejagat dengan mengembalikan keagungan tradisi institusi dan ilmuan islam serta menerokai ilmu-ilmu baharu

·         Misi

Pendidikan :
Menghasilkan graduan yang cemerlang melalui program pengajian yang berkualiti berasaskan pengintegrasian nilai Islam dalam ilmu profesional.

Penyelidikan :
Menyediakan suasana kondusif bagi para sarjana untuk meneroka, memperkukuh dan memperbaharui kebenaran melalui aktiviti penyelidikan.

Masyarakat :
Menjuarai isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan berasaskan nilai-nilai sejagat.

Pengantarabangsaan :
Mengantarabangsakan semua kegiatan universiti.

·         Falsafah
Mengintegrasikan Ilmu, Iman, Amal dan Ehsan

·         Wawasan
Membina Kecemerlangan Generasi

·         Dasar Kualiti USAS
“USAS komited dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan kepada pelanggan dengan cekap dan berkesan sejajar dengan visi dan misi.

 Logo Organisasi
Rajah 2.6.2 Logo Universiti Sultan Azlan Shah