PENGENALAN

PENDAHULUAN

Latihan industri adalah merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan kepada setiap pelajar Politeknik Balik Pulau (PBU) sebelum diiktirafkan untuk penganugerahan diploma mengikut kos yang diambil oleh setiap pelajar. Setiap pelajar perlu lulus dalam melaksanakan latihan industri sebelum meneruskan pengajian seterusnya. Pelajar akan menjalani latihan industri selama dua puluh minggu bagi melengkapkan pengajian semester akhir.

Sepanjang tempoh latihan industri dijalankan, pelajar akan didedahkan tentang alam pekerjaan yang sebenar. Pelbagai cabaran, dugaan dan pengalaman baru yang perlu ditempuhi oleh setiap pelajar. Peluang ini perlu dimanfaatkan oleh pelajar dengan sebaiknya untuk memajukan diri ke arah wawasan 2020. Selain itu, pelajar juga dapat menanamkan sifat-sifat yang positif seperti hormat-menghormati, bertanggungjawab, menepati masa, amanah, berkeyakinan, pergaulan yang positif dan rajin melakukan setiap kerja yang diberi.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan persediaan fizikal dan mental kepada setiap pelajar sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi oleh setiap pelajar dalam menjalani Latihan Industri.

Objektif utama Latihan Industri ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan pelajar mengenal dan memberi gambaran awal mengenai peraturan setiap primis pekerjaan sebelum seseorang pelajar tersebut menempuh ke alam pekerjaan yang sebenar.Rata-rata pelajar ini dapat mempelajari teknik-teknik menguruskan sesebuah pengurusan syarikat, organisasi, kerja-kerja atau pengetahuan yang belum pernah dipelajari sama ada di dalam mahupun diluar pusat pengajian Politeknik Balik Pulau (PBU).

Seterusnya, pelajar ini juga dapat mewujudkan komunikasi yang hebat dan melahirkan perhubungan yang baik diantara pengurus, pekerja dan syarikat ataupun organisasi. Komunikasi yang baik dan bagus dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin, beretika, berketrampilan, jujur dan bertanggungjawab kepada kerja yang ditugaskan.

Oleh itu, dengan adanya latihan industri ini, setiap pelajar dapat mempraktikkan atau dapat menggunakan segala perkara yang telah dipelajari sebelum ini secara teori dan praktikal. Pelajar dapat memperbaiki kelemahan yang sudah dikenal pasti dengan lebih baik. Jelaslah dengan adanya latihan industri ini, ia dapat melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi, bersemangat di samping bertanggungjawab dengan setiap tugas yang diberikan.



OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

  Objektif laporan latihan industri adalah yang dibuat untuk mendedahkan dan menerangkan lebih lanjut dengan terperinci tentang apa yang dapat di pelajari semasa menjalani latihan industri. Tujuan laporan latihan industri ini dibuat adalah untuk melibatkan bahawa pelajar yang berkenaan telah mengikuti dan menjalani latihan industri yang telah ditetapkan.

  Laporan latihan industri ini juga dapat mengesahkan bahawanya pelajar benar-benar telah menjalani latihan industri dan juga melakukan kerja-kerja yang diarahkan dan ia merupakan catatan laporan penting setiap kerja yang dijalankan seperti mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan.

  Antara objektif latihan industri ialah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai amalan-amalan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar dan mengaitkan teori-teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah sebelum mereka menamatkan pengajian mengikut pengkhususan dalam bidang masing-masing.

   Selain daripada itu, latihan industri juga menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara sesama pekerja disamping menanam sifat amanah bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi terhadap pekerjaan yang dilakukan dan juga dapat mewujudkan kerja berpasukan dengan pekerja yang lain.

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri yang dilakukan oleh pelajar pada semester 6 yang mengambil diploma adalah untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) sahaja, ia juga dapat memberi banyak kepentingan kepada setiap pelajar.

Antara kepentingan latihan industri kepada pelajar adalah ia sebagai persediaan fizikal dan mental bagi pelajar sebelum menghadapi cabaran pekerjaan yang sebenar kelak. Pelajar akan diberikan peluang untuk mempelajari selok belok pengurusan kerja yang baik di samping dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mengenai bidang yang diambil dengan lebih terperinci.

Selain itu, latihan industri dapat melatih pelajar membentuk nilai-nilai murni di tempat kerja seperti berdisiplin, menepati masa, serta membentuk perhubungan yang baik antara pelajar dan organisasi. Perhubungan yang baik dapat dijalankan dengan wujudnya komunikasi yang baik dan jelas antara pelajar dan organisasi. Ini dapat disempurnakan dengan adanya sikap saling bekerjasama dan hormat menghormati antara satu sama lain.

TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

Saya menjalani latihan industri bermula 2.7.2018 sehingga 16.11.2018 bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Bukit Chandan,33000 Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan

JAWATAN/TANGGUNGJAWAB DIBERIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI

1.Pembantu Pengurus Unit ICT

Saya ditugaskan oleh pihak industri untuk menjadi pembantu penolong pengurus unit ICT dalam membantu merancang, mengurus, menyelia dan melaksanakan penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi untuk menjalankan aktiviti, majlis dan program yang dijalankan oleh pihak universiti.


1.    Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan dengan perkakasan, sistem pengoperasian rangkaian atau perisian.
- setiap komputer yang mengalami masalah kerosakan akan dinyatakan dalam borang aduan kerosakan dan diserahkan kepada juruteknik sebelum diperiksa dan saya sebagai pembantu unit  pengurusan sistem teknologi perlu mengenal pasti kerosakan dan membaik pulih segala peralatan yang bermasalah dari segi perkakasan dan perisian

2.    Menjalankan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan komputer yang rosak serta memastikan komputer bebas daripada virus/berfungsi dengan baik.
-Menyelenggara setiap peralatan computer di semua makmal komputer setiap dua minggu sekali bagi memastikan kelancaran dan prestasi computer dalam keadaan yang memuaskan.

3.    Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian (router, modem dan sebagainya).
-Memeriksa dan memperbaiki sambungan rangkaian internet bagi unit jabatan yang mengalami masalah ketiadaan sambungan rangkaian internet.

4.    Memasang program atau perisian mengikut keperluan pengguna komputer dan melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa.
-Setiap komputer di makmal komputer memerlukan perisian berbeza mengikut keperluan tenaga pengajar.Selain itu, menguruskan pemasangan peralatan bagi persediaan setiap majlis yang menggunakan peralatan dari jabatan pengurusan sistem & teknologi

PENYELIA/PEGAWAI YANG MENYELIA PELATIH

       Penyelia atau pegawai yang bertanggungjawab menyelia saya ialah Encik Mohd Haidhir Bin Mohammad Yusub. Saya juga diletakkan dibawah Unit ICT dan Encik Mohd Haidhir Bin Mohammad Yusub selaku Penolong Pengurus Unit ICT yang bertanggungjawab dalam semakan buku log dan juga terlibat dalam memberi tugasan harian. Kebanyakan kerja saya selama 20 minggu menjalani latihan industri dilakukan bersama dengan juruteknik unit ICT dan penyelia saya iaitu Encik Mohd Haidhir Bin Mohammad Yusub dan staff-staff yang lain.