PENGHARGAAN DAN DEDIKASI

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
                                
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan penulisan laporan latihan industri ini. Sepanjang latihan industri ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam hidup saya sebagai seorang pelajar.

Oleh yang demikian, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci berkaitan dengan pengurusan sistem & teknologi yang merangkumi dari segi pelbagai aspek. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan yang ditujukan khas kepada Pegawai USAS, Penolong Pegawai USAS dan staf Unit Pengurusan Sistem & Teknologi iaitu Cik Nor Azlin Binti Ahmad Zuhkhori, Cik Nor Faridah Binti Bani Omar dan staf Unit Pengurusan Sistem & Teknologi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi.

Seterusnya, sekalung budi buat staf-staf Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya. Terutama sekali, kepada penyelia saya iaitu En.Mohd Haidhir bin Mohamad Yusub kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh latihan industri ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan latihan ini. Disamping itu, saya turut berterima kasih kepada semua juruteknik Unit ICT kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama serta dorongan dalam menjayakan latihan industri ini.


Tidak lupa juga kepada ayah dan ibu saya Encik Abdul Halim Bin Idris dan juga Puan Sariah Binti Mat Saad serta ahli keluarga yang lain diatas sokongan, dorongan dan berkat doa mereka selama ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada sahabat saya iaitu En.Ahmad Hasrul Bin Hussin dan juga En.Mujahid Bin Mustapa Kamal yang sentiasa memberi sokongan dan mendengar masalah semasa saya menjalani latihan industri, dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang lain kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama serta dorongan dalam usaha menjayakan latihan industri ini.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua, latihan dan penulisan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

DEDIKASI

Segala puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan kehadiran illahi di atas limpah kurniaNya kepada kita. Dengan izin dan rahmatNya maka lahirlah sebuah laporan industri hasil kerja saya sepanjang saya menjalani latihan industri di Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar. Dengan adanya laporan latihan industri ini, maka pihak-pihak berkenaan dapat mengetahui serba sedikit perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh unit pengurusan sistem & teknologi ini serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh saya sepanjang menjalankan latihan industri.

Penghargaan ikhlas ini ditujukan kepada keluarga tersayang terutama buat ayah dan ibu yang sentiasa memberi semangat dan dorongan pada diri ini walaupun di dalam susah mahupun senang. Jutaan terima kasih ditujukan juga kepada pegawai-pegawai yang menguruskan latihan industri saya, para pensyarah, serta rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu, menolong, memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya.

Tidak lupa juga kepada semua kakitangan Unit Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar yang tidak jemu-jemu memberi saya tunjuk ajar yanag mendatangkan manfaatnya kepada saya.

Diharapkan laporan latihan industri ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan serta ilmu yang berguna untuk masa yang akan datang.