KESIMPULAN


Kesimpulannya, Program Latihan Industri adalah program yang bermanfaat kerana ia memberikan peluang kepada para pelajar untuk menceburi bidang pekerjaan untuk tempoh sementara. Dengan secara tidak langsung ia akan memberi pendedahan kepada pelajar dalam pengurusan pekerjaan, melatih diri untuk melakukan pekerjaan diluar bidang pengetahuan, menimba ilmu pengetahuan baru dan hanya didapati sewaktu sesi latihan industri berlangsung.

Laporan ini menunjukkan sejauh mana penglibatan seorang pelajar sewaktu mengikuti program latihan industri. Pelajar yang berjaya menamatkan sesi latihan industri dengan baik pastinya akan dapat menyiapkan laporan latihan industri ini dengan baik. Laporan ini akan menjadi nota kepada diri sendiri dan mungkin berguna apabila mempunyai keraguan dalam pekerjaan pada masa akan datang. Latihan Industri adalah satu alasan untuk pelajar supaya mencuba sesuatu yang baru.

Pelajar akan mempelajari cara bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai perkara dan kakitangan syarikat yang mempunyai sikap yang berbeza. Ini akan menjadikan seseorang itu berfikir lebih matang dan secara tidak langsung pelajar akan lebih bersiap sedia untuk menghadapi dunia pekerjaan yang lebih mencabar. Teori yang dipelajari oleh pelajar sewaktu di Politeknik boleh dipraktikkan sewaku latihan industri. Dengan berbuat demikian, pelajar akan dapat melihat gambaran yang jelas tentang teori tertentu dan bukan hanya dengan membaca.