RINGKASAN MINGGUAN

Minggu 1
Di Universiti Sultan Azlan Shah, melapor diri di organisasi latihan industri. Ditempatkan di Jabatan Pengurusan Sistem dan Teknologi
Membaca berkaitan dengan peranan teknologi dalam pendidikan tinggi dan mengulangkaji bahasa pengaturcaraan. Menjalankan ujian pengaturcaraan. Selain itu memeriksa dan selenggara computer riba milik jabatan pengurusan sistem & teknologi.

Minggu 2
Di Jabatan Pengurusan Sistem dan Teknologi menyediakan satu komputer untuk dijadikan sebagai local server. Mengikuti program let’s sweat (bersenam) dan mendapatkan penerangan tentang program WCIT (World Conference On Islamic Thought and Civilization).Membuat persediaan peralatan untuk dibawa ke Hotel Casuarina bagi program WCIT.

Minggu 3
Di Hotel Casuarina Meru,memasang segala peralatan pendaftaran untuk program WCIT di ruang pendaftaran, memasang sistem audio ,komputer dan sebuah komputer local server bagi kegunaan 7 bilik parallel. Mengemas peralatan setelah tamat program, menyusun peralatan dan memasang semula komputer yang diambil dari makmal computer. Selain itu, memperbaiki empat komputer yang akan diberikan kepada unit perpustakaan.

Minggu 4
Menghantar mesin cetak Hp Laserjet di jabatan korporat serta membuat pemasangan, perbaiki empat buah komputer yang bermasalah dengan sistem operasi, membuat persediaan hari perasmian masjid, perpustakaan dan asrama USAS, mengemas semula peralatan selepas selesai majlis dan menyediakan suis sambungan rangkaian internet.
Minggu 5
Di Jabatan Korporat memeriksa rangkaian internet. Selain itu, menyerahkan mesin cetak baru dan memasang di perpustakaan USAS. Pemasangan kabel rangkaian LAN di mini auditorium Pascasiswazah. Mengemaskini windows dan memasang antivirus di komputer makmal 3.

Minggu 6
Di seluruh bangunan pentadbiran dan akademik menjalankan pemeriksaan aset Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi. Membuat persediaan dan pemasangan sistem audio di dewan serbaguna dan baik pulih komputer yang bermasalah di makmal komputer 5.

Minggu 7
Di Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi dan Makmal kejuruteraan, format komputer yang bermasalah dengan sistem operasi windows
dan memulihkan perisian sistem komputer.Membuat pencarian data yang tersorok, memperbaiki mesin cetak yang tidak sempurna cetakan dan bertompok. Membuat pemasangan mesin cetak di makmal kejuruteraan dan pemeriksaan hard disk drive.

Minggu 8
Di Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi membuat penukaran toner bagi mesin cetak jenis laserjet dan format memasang semula sistem operasi Windows komputer makmal.

Minggu 9
Memeriksa spesifikasi komputer dan perisian komputer makmal 1, pemeriksaan peralatan di makmal komputer 5, memperbaiki komputer
makmal yang rosak dari segi perisian dan perkakasan

Minggu 10
Memperbaiki komputer makmal 5, memeriksa pendawaian kabel rangkaian LAN dan format komputer kakitangan di jabatan korporat
Selain itu, selenggara komputer yang berprestasi perlahan di jabatan sumber manusia dan membaik pulih kegagalan perisian Microsoft Office di jabatan kewangan.

Minggu 1
Di makmal komputer 2, perbaiki computer riba yang perlahan prestasi, format dan menjalankan proses pengklonan cakera keras (HDD) dan kemaskini perisian.

Minggu 12
Di makmal komputer 1 dan di Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi memasang perisian autocad pada imac, membaik pulih perisian Microsoft office yang gagal berfungsi, membuat persediaan peralatan komputer bagi kegunaan hari pendaftaran pelajar baru dan membuat pemasangan switch pada dinding partition.

Minggu 13
Mengemaskini perisian computer riba, membuat persiapan hari pendaftaran pelajar baru di dewan serbaguna, siap sedia di dewan pada hari pendaftaran, pemasangan tayangan untuk program taklimat orientasi pelajar baru dan memasang perisian seperti adobe,office,antivirus dan sebagainya pada netobook timbalan pengarah.

Minggu 14
Pengasingan unit bekalan kuasa yang rosak, pemasangan computer dan perisian IBM SPSS pada semua computer di makmal komputer 2, perbaiki masalah auto start-up dan memasang komputer baru di bilik pensyarah.

Minggu 15
Di Jabatan Korporat format computer pereka grafik dan membuat penyeleggaraan komputer pegawai dan kemaskini perisian Adobe di makmal komputer 1.Selain itu, membuat persediaan peralatan untuk majlis sembang santai bersama dengan Menteri Besar Perak di dewan serbaguna. 

Minggu 16
Di bilik pensyarah, periksa kerosakan mesin cetak, menukar wireless router di Fakulti Pengurusan Sistem Teknologi. Di Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi membuat pengasingan, pengurusan barang-barang pelupusan dan sambung memasang perisian Adobe di makmal komputer 2.

Minggu 17
Di makmal komputer 2, menambah kapasiti partisi C komputer. Pemeriksaan kabel kuasa dan cakera keras di Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi. Membuat persediaan audio dan paparan projektor di Dewan Auditorium dan perbaiki masalah antivirus yang menghalang browser memasuki laman rangkaian internet.

Minggu 18
Di Fakulti Hal Ehwal Pelajar di Pejabat Rektor perbaiki masalah antivirus yang menghalang browser memasuki laman rangkaian internet dan menjalankan pengklonan cakera keras komputer makmal yang rosak di Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi. 

Minggu 19
Menyediakan tayangan antara bilik seminar dan mini auditorium di Pascasiswazah.Selain itu, perbaiki skrin komputer yang tidak menyala di Jabatan Akademik dan periksa versi perisian di makmal computer 2.

Minggu 20
Penyediaan Dewan Serbaguna USAS dan memasang unit system audio bagi program bulan keluarga LPPKN dan membuat penambahan cakera keras pada komputer makmal kaunselling. Selain itu, perbaiki komputer yang bermasalah dengan system operasi.