DAPATAN DAN CADANGAN

  
1       Terhadap Organisasi Latihan
                      I.        Dalam pemerhatian saya syarikat ini kurang peruntukan bagi peralatan komputer baru untuk kegunaan kakitangan.
                    II.        Organisasi perlu memberi hak kesamarataan kepada semua pelajar latihan industri dan menambah peruntukkan berkaitan dengan elaun sara diri bukan hanya sekadar 10 pelajar pengambilan pertama pertama dalam pada setiap tahun.

2       Terhadap Politeknik
i.                     Lawatan secara menyeluruh perlu dilakukan pada setiap organisasi yang terdapat pelajar menjalani latihan industri. Ini kerana terdapat segelintir pelajar yang mungkin mengambil peluang ini untuk bercuti panjang sekiranya tiada lawatan dari pihak Politeknik. Selain itu, ia juga membolehkan pensyarah mengenali pelajarnya dengan lebih dekat. Lawatan ini juga akan menjadikan pelajar lebih bersedia untuk menyiapkan laporan harian mereka untuk semakan pensyarah.

ii.                    Pihak Politeknik harus lebih peka terhadap kerja-kerja yang diberikan oleh organisasi kepada pelatih. Ini adalah untuk melindungi pelatih tersebut daripada menjadi mangsa kerahan tenaga oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai seorang pelajar yang menjalani latihan industri di jabatan Kerajaan, sudah sedia maklum pelajar tidak diberikan elaun dan datang bekerja hanyalah untuk belajar tetapi jikalau terperangkap dalam situasi ini, sedikit sebanyak akan memberi impak besar dalam diri pelajar yang mungkin akan menimbulkan tekanan kerja semasa menjalani latihan industri.