LAPORAN TEKNIKAL 2

Memperbaiki dan menukar perkakasan komputer yang tidak berfungsi

1. Memperbaiki skrin komputer yang tidak mengeluarkan paparan

Terdapat sesetengah situasi di mana apabila komputer sudah dihidupkan, tetapi paparan pada skrin masih tidak kelihatan walaupun anda mendapati lampu pada fizikal komputer menyala dan kipas pada CPU berputar seperti biasa.

1. Pertama sekali, periksa pada lampu LED monitor ketika anda memulakan PC. Pastikan sama ada ianya hidup atau warna lampunya berubah. Jika tiada sebarang cahaya yang kelihatan, pastikan suis pada plug telah dipasang dan dihidupkan. Jika masih tidak boleh dihidupkan, cuba dengan soket lain.

Rajah 4.2.1(1) Lampu butang kuasa

2. jika masih lagi gagal untuk dihidupkan, anda mungkin boleh cuba menukarkan kabel plug monitor tersebut.

3. Sekiranya masih tidak berfungsi keluarkan RAM dari komputer dan gosok kaki RAM dengan menggunakan pemadam. Kemudian, pasang semula RAM pada slot pada papan induk dan hidupkan komputer. Jika tiada paparan tukar RAM tadi pada slot yang lain yang masih kosong.

Rajah 4.2.1(3) RAM / Memori yang dicuci

Perkara ini adalah disebabkan pada kaki sambungan antara RAM dan papan induk (motherboard) diselaputi dengan habuk, maka apabila mempunyai habuk yang melekat pada kaki RAM, komputer tak dapat mengesannya.

2. Memperbaiki komputer yang tidak dapat dihidupkan

Kadangkala sering terjadi juga masalah komputer yang tidak dapat dihidupkan dan lampu pada fizikal luarannya juga tidak menyala. Masalah seperti ini kebiasaannya adalah berpunca dari kegagalan atau kerosakan pada unit bekalan kuasa.

1. Tukarkan kabel kuasa (power cable) dan sekiranya masih tiada perubahan, unit bekalan kuasa perlu ditukar. Pastikan semuanya dimatikan dan cabut kabel kuasa dari unit bekalan kuasa. Kemudian, buka penutup komputer.

Rajah 4.2.2(1) Kabel kuasa

2. Seterusnya, cabut semua soket penyambung yang disambungkan pada papan induk (motherboard), cakera keras (HDD) dan keluarkan power supply yang rosak.




Rajah 4.2.2(2) soket penyambung unit bekalan kuasa

3. Periksa dan pilih unit bekalan kuasa yang masih boleh dipakai dan mempunyai tapak skru pengikat sama yang disimpan di ruang peralatan juruteknik. Bagi mempercepatkan kerja pemeriksaan lonjatan kuasa akan dilakukan pada soket kuasa utama 20 PIN dengan menggunakan klip kertas. Bentukkan klip kertas menjadi U kemudian cucuk pada lubang pin berwarna hijau dan selang dua wayar berwarna hitam, sambungkan unit bekalan kuasa dengan kuasa elektrik dan sekiranya kipas dan lampu unit bekalan kuasa berfungsi maka ianya masih elok dan boleh dipakai semula.

Rajah 4.2.2(3) Lonjatan kuasa pada unit bekalan kuasa 
  
4. Lakukan pemasangan semula unit bekalan kuasa pada komputer  dan sambungkan kesemua pin penyambung pada papan induk dengan kemas.

Rajah 4.2.2(4) Pemasangan unit bekalan kuasa pada CPU

5. Selesai pemasangan sambungkan kabel kuasa dan hidupkan computer seperti biasa.