LAPORAN TEKNIKAL 1

Format Komputer

Secara teknikal, format adalah operasi memadam maklumat dari media simpanan maklumat. Ianya sering dilakukan ke atas cakera keras (HDD) dan sebarang jenis media simpanan elektronik seperti Thumbdrive, Kad Ingatan (Memory Card) yang dipasang ke dalam alat elektronik seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain MP3/MP4 dan lain-lain.
Install sering dimaksudkan sebagai memasang perisian sistem operasi ke dalam media simpanan tadi. Pemasangan (install) sistem operasi sering dilakukan pada cakera keras (HDD) yang telah diformat. Cakera keras (HDD) sedemikian sering dipasangkan dengan perisian sistem operasi seperti Windows bagi membolehkan komputer dihidupkan dan digunakan.
Format dan pemasangan (install) perlu dilakukan setiap kali komputer baru hendak dipasang. Format dan pemasangan (install) juga kerap dilakukan apabila komputer rosak disebabkan oleh virus, spyware atau masalah lain.


2.             Sistem Operasi Windows

Windows merupakan sebuah sistem operasi yang diciptakan oleh Microsoft, dimana sistem operasi ini menyediakan antaramuka grafik (Graphical User Interface) agar lebih mudah dioperasikan. Dengan adanya Windows, pengguna tidak perlu lagi menaip perintah melalui command line pada MS-DOS. Cukup dengan menggunakan tetikus dan papan kekunci, pengguna dapat memberikan perintah untuk membuka menu, kotak dialog, menjalankan aplikasi, menghapus fail dan sebagainya. Microsoft juga menawarkan sistem operasi untuk pelayan dan peranti mudah alih.

Rajah 4.1.1 DVD pemasang (installer) Windows

3.     Langkah pemasangan sistem operasi Windows

1. Hidupkan komputer dan masukkan Dvd pemasang Windows ke dalam Dvd-Rom dan tekan butang F10/F2 untuk memasuki sistem bios kemudian jadikan Dvd-Rom sebagai boot utama.

Rajah 4.1.2(1) Langkah memasang sistem operasi 1

2. Skrin komputer akan mengeluarkan paparan “tekan sebarang butang bagi boot menggunakan Cd atau Dvd”



Rajah 4.1.2(2) Langkah memasang sistem operasi 2

3. Pilih tetapan bahasa sistem, zon masa, kaedah penggunaan papan kekunci dan input pilihan yang diberi dan tekan butang Next.

Rajah 4.1.2(3) Langkah memasang sistem operasi 3

4. Tekan butang Install Now untuk meneruskan pemasangan sistem operasi Windows.

Rajah 4.1.2(4) Langkah memasang sistem operasi 4

5. Masukkan kunci produk jika ada (contoh : YNMGQ-8RYV3-4PGQ3-C8XTP-7CFBY)  jika tiada tekan Skip

Rajah 4.1.2(5) Langkah memasang sistem operasi 5
6.  Skrin akan memaparkan “Setup is starting” dan tunggu untuk beberapa saat.

Rajah 4.1.2(6) Langkah memasang sistem operasi 6

7. Terima syarat yang dinyatakan dengan klik pada ruang kotak yang ditulis “I accept the license terms” dan tekan butang Next.

Rajah 4.1.2(7) Langkah memasang sistem operasi 7

8. Pilih dua pilihan pemasangan samada untuk menaik taraf atau custom.

Rajah 4.1.2(8) Langkah memasang sistem operasi 8

9. Paparan akan menunjukkan status samada telah kapasiti partisi diperuntukkan atau tidak pada media simpanan cakera keras (HDD).

Rajah 4.1.2(9) Langkah memasang sistem operasi 9

10. Jika belum diperuntukkan, pengguna mewujudkan bahagian pada      cakera keras (HDD) dengan menekan butang New dan sebuah paparan akan muncul kemudian tekan Ok.

Rajah 4.1.2(10) Langkah memasang sistem operasi 10

11. Lalu pilih bahagian yang utama cakera keras (HDD) untuk memasang perisian sistem operasi Windows dan tekan Next.

Rajah 4.1.2(11) Langkah memasang sistem operasi 11

12. Tunggu untuk beberapa minit bagi proses pemasangan sistem operasi Windows.


Rajah 4.1.2(12) Langkah memasang sistem operasi 12

13. Selesai pemasangan proses akan komputer akan dihidupkan semula.

Rajah 4.1.2(13) Langkah memasang sistem operasi 13

14. Kemudian pilih tetapan pantas “Use express settings

Rajah 4.1.2(14) Langkah memasang sistem operasi 14

15. Masukkan nama pengguna atau pemilik komputer serta kata kunci jika perlu dan tekan Next.

Rajah 4.1.2(15) Langkah memasang sistem operasi 15

16. Paparan dekstop selepas selesai pemasangan.

Rajah 4.1.2(16) Langkah memasang sistem operasi 16

17. Kemudian, lakukan pemeriksaan driver perkakasan di computer management dan jika pada perkakasan mempunyai logo tanda amaran pergi ke laman web intel software support untuk muat turun driver dan kemudian dikemaskinikan.

                                  Rajah 4.1.2(17) Langkah memasang sistem operasi 17