LAPORAN TEKNIKAL 3

Membuat pemasangan Hab Rangkaian

     Hab, juga dikenali sebagai hab rangkaian, adalah titik sambungan biasa untuk peranti dalam rangkaian. Hab adalah peranti yang biasa digunakan untuk menyambungkan segmen LAN. Hab mengandungi beberapa pelabuhan. Apabila satu paket tiba di satu port, ia akan disalin ke pelabuhan lain supaya semua segmen LAN dapat melihat semua paket

     Hab berfungsi sebagai pusat sambungan untuk semua peralatan rangkaian dan mengendalikan jenis data yang dikenali sebagai bingkai. Bingkai membawa data anda. Apabila bingkai diterima, ia dikuatkan dan kemudian dihantar ke komputer destinasi.

Rajah 4.3 Hab Rangkaian (Network Hub)

1 Peralatan pemasangan Hab Rangkaian

Rajah 4.3.1 Peralatan memasang kabel LAN

2 Langkah-langkah pemasangan
    
1. Potong kabel mengikut ukuran yang diperlukan menggunakan mata pemotong pada crimping tools dan tanggalkan jaket menggunakan crimping tool sepanjang 1 inci atau pun seruas jari telunjuk untuk mempermudah semasa penyusunan.

Rajah 4.3.2(1) Pemotongan kabel UTP

2. Susun warna kabel mengikut standard yang telah ditetapkan. Susunan yang sering digunakan adalah susunan Straight-thru. Kemudian masukkan kedalam RJ 45 sehingga hujung kepala.

Rajah 4.3.2(2) Kod susunan wayar kabel LAN

3. Lalu masukkan RJ45 yang telah disatukan dengan kabel UTP kedalam lubang pada crimping tool dan kepitkan kabel UTP bersama RJ45.


Rajah 4.3.2(3) Pemasangan RJ45 pada kabel UTP

4. Jalankan ujian sambungan menggunakan penguji kabel (cable tester) dan pastikan kesemua lapan lampu yang ada menyala bagi memastikan pemasangan dan susunan betul.


Rajah 4.3.2(4) Menguji sambungan kabel

5. Ulangi langkah penyediaan kabel diatas dengan menggunakan ukuran kabel yang berbeza. Kemudian sambungkan satu kabel LAN (UTP) pada port rangkaian yang telah disediakan di dinding.

Rajah 4.3.2(5) Sambungan pada port rangkaian utam

6. Lalu sambungkan hujung kabel yang sama pada hab rangkaian, seterusnya cucuk kabel yang lain pada hab rangkaian dan disambungkan pada peranti yang memerlukan rangkaian internet.
Rajah 4.3.2(6) Sambungan pada hab rangkaian