LAPORAN TEKNIKAL 4


Pengklonan cakera keras (HDD)

Proses pengklonan cakera adalah untuk memindahkan data dari satu cakera keras ke cakera keras yang lain. Oleh itu, cakera destinasi dan cakera sumber akan mempunyai data yang sama selepas pengkolanan. Pengklonan cakera memudahkan dan mempercepatkan kerja dari tugas memasang remeh dan repetitif. Klon cakera amat berguna dalam pembentukan makmal komputer. Proses ini dikatakan penting kerana setiap komputer di makmal komputer perlu mempunyai perisian yang sama dan kapasiti partisi cakera keras yang sama. Klon cakera boleh menjadi langkah penyelesaian yang paling tepat untuk penghantaran data bagi komputer kegunaan makmal.

 1 Jenis proses pengklonan

Terdapat dua cara bagi melakukan pengklonan cakera keras iaitu pengklonan cakera dan pengimejan cakera. Pengklonan cakera mencipta salinan langsung keseluruhan kandungan cakera pada cakera keras kedua manakala pengimejan cakera menyalin keseluruhan kandungan cakera keras ke dalam fail terkompres tunggal, kebiasiaanya dalam format ISO dan kemudian disalin semula kedalam cakera keras lain lalu diekstrak ke format yang sama seperti cakera asal.
Oleh itu, terdapat dua perisian (software) yang sering digunakan iaitu Aomei Backkuper bagi proses pengklonan langsung dan Acronis True Image bagi proses pengimejan.
Rajah 4.4.1 Perisian pengklonan (Cloning Software)

2 Peralatan dan perjalanan proses 

                  
Rajah 4.4.2 Perjalan proses pengklonan cakera keras

3 Langkah-langkah proses pengklonan

1.    Buka penutup komputer (CPU), sambungkan kabel SATA tambahan pada papan induk dan pada cakera keras yang lain. Kemudian sambungkan cakera keras yang sama pada kabel SATA dari unit bekalan kuasa.
                      
Rajah 4.4.3(1) Pemasangan kabel SATA dan cakera keras
  
2.    Pastikan cakera keras disambungkan dengan komputer yang mempunyai perisian Aomei Backkuper Software dan HD Tune. Mulakan dengan membuat imbasan cakera keras menggunakan HD Tune dan dapatkan hasil imbasan.


Rajah 4.4.3(2) Perisian pengklonan dan hasil
imbasan cakera keras

3.    Sekiranya hasil imbasan baik dan tiada masalah fizikal pada cakera keras, format cakera tersebut dan hasilkan partisi baru

Rajah 4.4.3(3) Mewujudkan partisi baru

4.    Buka perisian (sotware) Aomei Backkupper dan pilih pada  menu Clone Disk. Kemudian pilh cakera sumber data dan cakera destinasi pengklonan tekan Next, lalu mulakan proses.

Rajah 4.4.3(4) Pengklonan langsung Aomei Backkuper

5.    Selesai proses, hidupkan semula komputer tersebut menggunakan boot dari cakera keras yang telah diklon dan pastikan segala perisian yang ada di dalamnya sama seperti cakera keras asal.

                Rajah 4.4.3(5) Boot melalui cakera keras klon

4 Langkah – langkah proses pengimejan
      
1.    Hidupkan komputer lalu sambungkan cakera keras luaran (external harddisk) dan masukkan Cd Acronis True Image dan hidupkan semula computer dengan menggunakan boot dari Cd Acronis pada Dvd-Rom. Kemudian pilih menu True Image.

Rajah 4.4.4(1) Boot melalui Cd Acronis

2.    Pada paparan kedua pilih menu Home dan mulakan membuat          sandaran dengan memilih Backup My Disk

Rajah 4.4.4(2) Langkah mengimej data cakera  

3.   Tandakan kotak semak yang mewakili partisi (partition) yang ingin disandarkan dan tekan Next.

Rajah 4.4.4(3) Langkah mengimej data cakera 3

4.   Seterusnya, klik untuk Create new backup archive untuk membuat sandaran baru.

Rajah 4.4.4(4) Langkah mengimej data cakera 4
  
5.    Di bahagian lokasi sandaran, klik Browse, semak lokasi untuk sandaran baru dan tentukan nama fail dan tekan Next  
                                 
                   
Rajah 4.4.4(5) Langkah mengimej data cakera 5

6.    Tekan Proceed dan tunggu sehingga Acronis mencipta sandaran sistem.
          
   
Rajah 4.4.4(6) Langkah mengimej data cakera 6

7.   Selesai membuat sandaran pada cakera keras luaran, boot semula menggunakan Cd Acronis True Image pada komputer lain. Pilih Recover My Disk.

Rajah 4.4.4(7) Langkah mengimej data cakera 7

8.   Kemudian tekan Browse dan cari fail sandaran format TIB dan tekan Next.
Rajah 4.4.4(8) Langkah mengimej data cakera 8
9.   Pada paparan Choose Recovery Method pilih Recover whole disk and partion.

Rajah 4.4.4(9) Langkah mengimej data cakera 9

10.  Seterusnya pilih partisi yang ingin dipulihkan

Rajah 4.4.4(10) Langkah mengimej data cakera 10

11. Pada paparan seterusnya biarkan semuanya sebagai seperti  asal (Default) dan tekan Next.

Rajah 4.4.4(11) Langkah mengimej data cakera 11

12. Kemudian mulakan proses pemulihan data dengan menekan Proceed dan tunggu sehingga selesai.
Rajah 4.4.4(12) Langkah mengimej data cakera 12

13. Selesai proses keluarkan Cd Acronis dari komputer dan hidupkan semula komputer menggunakan boot sistem operasi dari dalam cakera keras yang dipulihkan.